Powered By Blogger

Sunday, January 2, 2011

Asal Usul Kejadian Api Dunia


Tahukah anda bagaimana asal kejadian api di dunia ini? Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan tentang asalnya kejadian api di dunia.Ketika Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan,maka Allah S.W.T telah memerintahkan Malaikat Jibril supaya mengambil sedikit api dari neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam.Maka Jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada Malaikat panjaga api neraka iaitu Malaikat Zabaniah.Inilah antara dialog mereka berdua:
  • JIBRIL : Wahai Zabaniah,aku diperintahkan oleh Allah untuk mengambil sedikit api neraka bagi dihantar ke dunia untuk kegunaan Adam di sana.

  • ZABANIAH : Baiklah,sebanyak mana sedikit itu wahai jibril?

  • JIBRIL : Berilah sebesar buah kurma.....

  • ZABANIAH : Ohh tidak...Kalau sebesar buah kurma api neraka itu yang engkau bawa,nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya

  • JIBRIL : Kalau Begitu berilah kepadaku sebesar separuh dari buah kurma....

  • ZABANIAH : Kalu sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada sesuatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.....
Maka Jibril menjadi buntu untuk meminta sebesar mana api yang mesti dipinta.Diapun lalu menghadap Allah untuk mengetahui sendiri saiz api yang perlu di hantar ke dunia.

Allah S.W.T pun memerintahkan supaya Jibril mengambil hanya sebesar zarah yakni sebesar atom yang tidak dapat dilihat oleh mata dari api neraka untuk di bawa ke dunia.Maka Jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah itu dari Malaikat Zabaniah tetapi oleh kerana terlalu panas,api neraka sebesar zarah itu terpaksa pula disejukkan dengan mencelupnya di dalam 70 buah sungai di syurga dan di setiap sungai iu pula direndam sebanyak 70 kali.

Selepas itu baharulah Jibril membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba2 bukit itu terus meleleh dan mencair.Bimbangkan dunia ini akan lebur maka segeralah Malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantarnya semula ke neraka.Sisa2 api itulah yang terdapat di dunia ini seperti yang sering kita gunakan pada hari ini untuk pelbagai keperluan bahkan termasuklah dari api gunung berapi dan sebagainya.

Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan di dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 kali celupan di setiap sungai dan sisanya sahaja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya.Bagaimana pula dengan api di neraka itu sendiri??? Bolehkah amalan kita yang sedikit itu dapat menyejukkan api di sana?? Apatah lagi bukan amalan baik yang kita lakukan sebaliknya amalan keji dan hina pula yang kita kumpulkan.Nauzubilah

No comments:

Post a Comment