Powered By Blogger

Sunday, January 2, 2011

Asal Usul Kejadian Api Dunia


Tahukah anda bagaimana asal kejadian api di dunia ini? Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan tentang asalnya kejadian api di dunia.Ketika Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan,maka Allah S.W.T telah memerintahkan Malaikat Jibril supaya mengambil sedikit api dari neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam.Maka Jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada Malaikat panjaga api neraka iaitu Malaikat Zabaniah.Inilah antara dialog mereka berdua:
  • JIBRIL : Wahai Zabaniah,aku diperintahkan oleh Allah untuk mengambil sedikit api neraka bagi dihantar ke dunia untuk kegunaan Adam di sana.

  • ZABANIAH : Baiklah,sebanyak mana sedikit itu wahai jibril?

  • JIBRIL : Berilah sebesar buah kurma.....

  • ZABANIAH : Ohh tidak...Kalau sebesar buah kurma api neraka itu yang engkau bawa,nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya

  • JIBRIL : Kalau Begitu berilah kepadaku sebesar separuh dari buah kurma....

  • ZABANIAH : Kalu sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada sesuatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.....
Maka Jibril menjadi buntu untuk meminta sebesar mana api yang mesti dipinta.Diapun lalu menghadap Allah untuk mengetahui sendiri saiz api yang perlu di hantar ke dunia.

Allah S.W.T pun memerintahkan supaya Jibril mengambil hanya sebesar zarah yakni sebesar atom yang tidak dapat dilihat oleh mata dari api neraka untuk di bawa ke dunia.Maka Jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah itu dari Malaikat Zabaniah tetapi oleh kerana terlalu panas,api neraka sebesar zarah itu terpaksa pula disejukkan dengan mencelupnya di dalam 70 buah sungai di syurga dan di setiap sungai iu pula direndam sebanyak 70 kali.

Selepas itu baharulah Jibril membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba2 bukit itu terus meleleh dan mencair.Bimbangkan dunia ini akan lebur maka segeralah Malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantarnya semula ke neraka.Sisa2 api itulah yang terdapat di dunia ini seperti yang sering kita gunakan pada hari ini untuk pelbagai keperluan bahkan termasuklah dari api gunung berapi dan sebagainya.

Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan di dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 kali celupan di setiap sungai dan sisanya sahaja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya.Bagaimana pula dengan api di neraka itu sendiri??? Bolehkah amalan kita yang sedikit itu dapat menyejukkan api di sana?? Apatah lagi bukan amalan baik yang kita lakukan sebaliknya amalan keji dan hina pula yang kita kumpulkan.Nauzubilah

Kaitan Peristiwa 11 September 20001 Dengan Ayat Al-Quran


Satu bukti yang menakjubkan mengenai kehebatan Al-Quran ditemui.Fakta ini ditemui oleh Dr.Zaghlul Najjar,seorang ulamak Mesir yang bijak di bidang sains dan pernah mengajar di Amerika Syarika.Beliau kini telah bertugas di Arab Saudi.Ramai sainstis Barat telah menganut agama islam hasil dakwah beliau yang menggabungkan fakta sains yang bertepatan Syeikh Abdul Majid Zandani,se orang ulama dari yaman.

Penemuan terbaru beliau ialah berkaitan tragedi 11 September di WTC New York.Di dalam Al-Quran terdapat ayat yang seolah-olah telah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini(sedangkan al-quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu).Fakta tragedi tersebut ialah sepeti berikut
  • FAKTA PERISTIWA 11 SEPTEMBER 2001
  1. Ketinngian bangunan WTC : 110 tingkat
  2. Tarikh kejadian : 11 haribulan
  3. Bulan : 9(SEPTEMBER)
  4. Tahun :2001
  • FAKTA YANG TERDAPAT DI DALAM AL-QURAN
Ayat yang menceritakan tentang musuh2 islam iaitu ayat 110 dari surah At Taubah

"Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu seniasa menjadi punca kegelisahan dalam hati mereka kecuali jika hati mereka telah terpotong-potong.Dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana"

Maka fakanya lebih kuang sama dengan kejadian 11 Sepember:
  1. Ayat yang ke 110 : (bangunan WTC 110 tingkat)
  2. Juzuk ke 11 : (Tarikh kejadian 11 haribulan)
  3. Surah ke 9 : (kejadian berlaku dalam bulan 9)
  4. Huruf terakhir adalah huruf yang ke 2001 : (kejadian berlaku dalam tahun 2001)
Ini adlah satu perbandingan yang tepat.Tetapi sejauh mana maksud Allah Taala di dalam ayat ini bertepatan dengan kejadian di Amerika Syarikat itu tidaklah pula kita ketahui.Oleh kerana ada persamaan fakta di antara keduanya,maka kita bolehlah mengambil iktibar bahawa tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan apa sahaja dan ini membuktikan salah sau mukjizat Al-quran.Subhanallah

fuhhh PMR??

pejam celik...pejam celik...pejam celik...haish...TAON NI AMIK PMR.....haha.taon ni aku berazam belaja sungguh2...target aku 9a..InsyaAllah klu aku dpt 9a....aku nk masuk SHAMS...sbb aku rse nk amik sains...abg2 n akak aku sume brjaya....klu diorang berjaya...aku pon bole berjaya an...n aku tetap meneruskan Al-Quran...n korang sume doakanlah kejayaan aku,....amiin

Sunday, October 17, 2010

nk Tau ke X??






EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

EMPAT PERKARA MELEMAHKAN BADAN
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

EMPAT PERKARA MENGUATKAN MATA
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
EMPAT PERKARA MEROSAKKAN MATA
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblaT
EMPAT PERKARA MENGUATKAN FIKIRAN
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
EMPAT CARA TIDUR YANG BAGS
1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.